TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU 2014
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Mencari timba si anak dara,
Dibawah sarang burung
tempua,
Salam sembah pembuka
bicara,
Terima kasih pada semua.
Yang Berusaha,
,Ust Hazim b Ismail, Penolong Kanan Petang SMK Hamzah Barisan Guru-guru Pembantu PK Petang, Semua guru sesi Petang ,Barisan pengawas
serta rakan-rakan pelajar yang di kasihi sekalian.
Alhamdulillah setinggi kesyukuran
dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah izin dan rahmatnya kita
dapat sama2 berkumpul pada petang ini bersempena dengan Majlis Restu Ilmu
Terbang merpati membawa berita,
Hinggap berteduh dipohon melati,
Jari diangkat doa dipinta ,
Moga majlis lebih diberkati.,
Bagi memberkati lagi majlis kita pada
pagi ini marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh Muhamad Azuan b Fatahul Muin Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucpan terima kasih
kepada Muhamad Azuan b Fatahul Muin di atas pimpinan doa itu tadi.
Emas tempawan buatmu
puteri,
Busana indah menjadi
penentu
Silalah kawan tampilkan diri,
Bersama ucapan memohon
restu
Majlis kita pada petang ini
diteruskan dengan ucapan memohon restu dari wakil pelajar Muhammad Syafrullah b Sudin dari tingkatan 2PD1.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada Muhamad Syafrullah b Sudin di atas ucapan nya sebentar tadi
Sebelum saya meneruskan acara,
izinkan lah saya mendeklamasikan sajak ini khas buat semua guru dan pelajar
Cikgu
Kini kami dipenghujung waktu
Membilang detik detik penentu
Kami dambakan restumu
Halalkan lah usaha dan ilmu
Cikgu
Beribu halangan telah kau lalui
Melayani keletah putera puteri
Anak bangsa yang tak pernah kau benci
Namun bersungguh jua kau sampaikannya
Semua ilmu di dada,
Kau curahkan semua
Cikgu restuilah kami
Mengharungi semua detik hidup ini
Berbekalkan amanat dan ilmu
Yang kau curahkan tanpa jemu
Terima kasih cikgu
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Cik Noriha bt Shafei selaku
penolong setiausaha kurikulum. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan oleh Cik Noriha
sebentar tadi
Kalau tuan memikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Sampaikan amanat buat putera dan puteri
Atur cara berikutnya adalah ucapan Ust Hazim b Ismail PK Petang SMK Hamzah Untuk
itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ust Hazim b Ismail Dengan
segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada Ust Hazim b Ismail atas ucapan itu tadi.
Acara seterusnya ialah pelajar
bersalam dengan semua guru memohon maaf, mengucapkan terima kasih dan memohon
restu halalkan segala ilmu, untuk itu semua guru diminta berbaris di bawah
pentas dan semua pelajar bersalaman mengikut barisan bermula dengan barisan
yang paling tepi di sebelah kiri
Majlis kita pada hari ini telah sampai ke kemuncaknya. Pihak
majlis merakamkan sekalung terima kasih atas kerjasama padu semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan acara pada hari
ini berlangsung dengan jayanya.
Tenang-tenang
air di kali,
Tempat
mandian putera dan puteri,
Sempurna
sudah majlis dirai
Salah dan
silap harap dimaafi.
Harum baunya Si bunga cengkih
Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.
Kami menyusun jari sepuluh seandainya terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program ini berlangsung.
Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.
Kami menyusun jari sepuluh seandainya terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program ini berlangsung.
Sekian sahaja, salam hormat, Wa
BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa
Rahmatullahi
Wa Barakatuh
UCAPAN WAKIL PELAJAR
Terima kasih kepada Pengacara majlis
Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatu dan salam sejahtera
Yang Berusaha,
,Ust Hazim b Ismail, Penolong Kanan Petang SMK Hamzah Barisan Guru-guru Pembantu PK Petang, Semua guru sesi Petang ,Barisan pengawas
serta rakan-rakan pelaRjar yang di kasihi sekalian.
Bersyukur kita, ke hadrat Allah swt
kerana dengan kurniaNya kita sama-sama dapat berkumpul di majlis yang penuh
rahmat ini. Semoga majlis ini menjadi penyemarak jiwa kita bersama dalam
menghadapi Peperiksaan akhir tahun 2014 yang tinggal 3 hari lagi.
Saya Mohd Syafrullah b Sudin,
mewakili rakan-rakan seperjuangan mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua guru yang begitu sabar mengajar dan mendidik kami
selama ini. Budi yang guru berikan tidak terbalas oleh kami. TERIMA KASIH CIKGU
Letih berjalan di tengah pekan
Singgah sebentar di gerai siti
Terima kasih kami ucapkan
Atas segala jasa dan bakti
Guru-guru dan rakan-rakan,
Dikesempatan ini , saya dan
rakan-rakan memohon ampun dan maaf seandainya ada kata-kata atau
perbuatan kami yang mengguris perasaan guru-guru samada secara sedar atau tidak
sedar. Kami memohon agar guru-guru menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan dan
sudilah kiranya memaafkan kami. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan
yang kurang baik adalah datang dari kami sendiri.
Insyallah, dengan iringan doa
guru-guru kami berjanji dan sehabis daya akan berjuang dalam medan peperiksaan dan
kehidupan seharian berbekalkan amanat pesanan dan tunjuk ajar cikgu demi
memastikan kejayaan menjadi milik kami.
Seterusnya saya dan kawan-kawan yang
akan meneruskan usaha kami disesi pagi tahun depan dan seterusnya mengharungi
cabaran Peperiksaan PT3 berjanji semua yang curahkan tidak akan kami
persiakan. Cikgu halalkan segala ilmu
untuk kami pergunakannya bukan saja untuk menjawab kertas-kertas peperiksaan
tetapi untuk menempuhi kehidupan di hari mendatang
Saya akhiri ucapan saya dengan
serangkap pantun,
Terima kasih kami ucapkan
Kerana guru selalu membantu
Jasa dan bakti jadi taruhan
Akan dikenang setiap waktu
DOA
SEMPENA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة
لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْن
يا
الله يا مهيمن يا عزيز يا جبار
Sesungguhnya kami pada petang ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Menganugerahkan kami semua
guru-guru berwibawa. Kami memohon restu ilmu dari semua guru untuk kami terus
menggunakannya dalam hidup ini
اللهم ياقاضي الحاجات
ورَافِعَ الدَّرَجَاتِ
Sesungguhnya
Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan
kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang
kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.
Justeru…
kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan
janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau
sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau
persulitkan..
يا
الله يا رحمن يا رحيم
Hanya
padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan.
Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat.
Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada
agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ
تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ
أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا
الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ
لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْم