Mesyuarat akhir tahun 2013 fuhhh terkejut, bila aku belek-belek senarai tugas 2014....Nama aku ada kat unit disiplin...ingat kan kena jaga disiplin sekolah..mujur juga guru pengawas jer..Maklumlah aku ini bukannya seorang guru yang tegas, garang..malah disiplin cikgu pun masih perlu diperbaiki, kelas pun susah nak control..
Dengan berat hati aku belajar lah juga apa-apa yang patut dari guru pengawas 2013..yang sudah berpindah ke sesi pagi
Awal tahun 2014 aku terus membuat pengumuman mempelawa sesiapa yang berminat untuk menjadi pengawas, kesemua 40 orang yang berminat diterima menjadi pengawas sekolah 2014. Selepas seminggu ada nama pengawas lama yang baru mendaftar dan permintaan cikgu-cikgu untuk memasukkan pelajar tertentu sebagai pengawas, akhirnya jumlah pengawas sesi petang ialah 45 orang
Aku menjemput PK Petang memberikan ucapan, dan tugas pertama yang diberikan selain daripada mengendalikan perhimpunan ialah untuk mengadakan majlis perpisahan pelajar petang dengan mantan PK petang 2013
Mujurlah pengawas lama banyak menghulurkan bantuan..ada yang sukarela nak menjadi pengacara, ada yang sudah berpengalaman membuat pengumuman dan membaca doa..terima kasih atas bantuan kalian
Tuesday, 23 September 2014
Pantun Perpisahan
Sempena majlis pertukaran mantan PK petang SMK Hamzah ke SMK Pangkal Meleret sebagai PK HEM, aku telah mencipta beberapa rangkap pantun yang telah dibacakan oleh Nur Rabiatul Adawiah dari tingkatan 2PD1 dan Siti Farhanim dari tingkatan 2PD2
PANTUN PERPISAHAN
RAMA-RAMA TERBANG DI PADANG
SEMAKIN RAMAI MENJELANG FAJAR
CIKGU NORDIN MANTAN PK PETANG
DIHORMATI GURU DISAYANGI PELAJAR
PAGI-PAGI MENOREH GETAH
MENOREH GETAH DI KEBUN PAK IRPAN
SEKETIKA BERTEMU KINI BERPISAH
SUDAH MENJADI LUMRAH KEHIDUPAN
SEDAP SUNGGUH SI BUAH LONGAN
SEDAP DIMAKAN JIKA BERTEMAN
HILANG DIMATA DI HATI JANGAN
KU SIMPAN NASIHAT SEBAGAI PEDOMAN
GUGUR BERDERAI SI AIR MATA
HULURKAN SEGERA SAPU TANGAN
TANGAN DIHULUR,MAAF DIPINTA
JASA DAN BAKTI JADI KENANGAN
HARUM SUNGGUH SIBUNGA MELATI
BUNGA MELATI I DI TAMAN PAK HASAN
WALAUPUN BERAT RASA DIHATI
DEMI TUGAS CIKGU KAMI RELAKAN
PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH
BUDI YANG BAIK DIKENANG JUA
KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH KITA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI
TERIMA KASIH CIKGU DAN SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU
Subscribe to:
Posts (Atom)